Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

November 28, 2014

Ikan Iblis Laut di Rakam Buat Kali Pertama

Salam semua...


Ikan iblis laut atau dikenali sebagai ikan Angler berjaya dirakam buat kali pertama dalam sejarah. Video rakaman ikan tersebut telah dimuatnaik oleh Monterey Bay Aquarium Institut  di YouTube pada 21 November.


Video tersebut menunjukkan ikan tersebut berenang di kedalaman 580 meter di Monterey Canyon. Ikan Angler merupakan antara spesies ikan yang paling jarang dilihat berbanding kesemua ikan-ikan di lautan dalam.

October 16, 2014

Cara Lamaran Yang Romantik

Salam semua..


Walaupun terdapat pelbagai cara dan video lamaran yang ada di Youtube, semuanya akan mendapat perhatian dan tontonan orang ramai. Video ini juga merupakan video lamaran yang telah dihasilkan dengan kerjasama dengan rancangan Marry Me di mana rancangan tersebut menolong lelaki bujang untuk melamar kekasihnya.

October 12, 2014

Video Kangaroo Bergaduh

Salam semua...


2 ekor kangaroo bergaduh berjaya dirakam.di pinggir bandar Australia. Video tersebut berjaya menarik sebanyak 200 ribu tontonan.


Dalam video ini, dengan latar belakang instrumental yang epik untuk selari deagan babank pertarungan, kanggaru tersebut mengimbangkan badan mereka menggunakan ekor mereka dan mengalahkan antara satu sama lain. Kebiasaannya, kanggaru yang bergaduh ini merupakan kanggaru jantan.

October 5, 2014

Anaconda Terbesar di Jumpai di Brazil

Salam semua..


Seorang lelaki dari Brazil berjaya menemui seekor anaconda yang sangat besar sewaktu berada di Sungai Amazon. Melalui video, ular tersebut didapati baru memakan sesuatu kerana badan ular tersebut sangat besar.

September 26, 2014

Saintis Membedah Sotong Terbesar di Dunia

Salam semua...


Ahli saintis di Muzium New Zealand Te Papa Tongarewa telah membedah salah satu sotong terbesar didunia dan sesi pembedahan tersebut disiarkan secara langsung untuk tontonan umum.

Sotong tersebut dari spesies yang hidup di perairan berhampiran Antartika, adalah salah satu daripada sotong terbesar di dunia.

Sotong tersebut berukuran hampir 5 meter panjang dan berat mencecah 350kg. Manakala mata sotong tersebut berdiameter 35cm dan merupakan haiwan yang mempunyai mata paling besar di dunia. Sotong tersebut juga mempunyai 3 jantung.


August 19, 2014

Lagi Iklan Sedih dari Thailand

Salam semua...


Syarikat insurans dari Thailand sekali lagi mengeluarkan iklan yang menarik perhatian dari seluruh dunia kerana terkenal dengan iklan yang menyentuh hati.
Iklan ini secara ringkasnya mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang pelik bermain gitar, dan mula membuat persembahan jalanan untuk membantu membayar untuk rawatan kanser ibu tercinta beliau.


Sebelum ini mereka telah menghasilkan iklan yang bertajuk "Unsung Heroes" yang berjaya mendapat tarikan penonton sehingga 17 juta. Syarikat insurans dari Thailand ini sinonim dengan iklan yang berjaya menyentuh hati penonton.
Unsung Heroes

Memang tidak dinafikan iklan dibuat untuk mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan, tetapi iklan ini adalah antara iklan yang boleh dikatakan berjaya menarik perhatian orang ramai dengan keaslian tanpa berlebih-lebihan. Antara iklan dari syarikat insurans Thailand yang lain. 

August 12, 2014

Video Selfie Remaja Menjadi Viral

Salam semua...


Hugo Cornellier merekodkan zaman remajanya dengan mengambil gambarnya sendiri setiap hari dari umur 12 hingga 19 tahun. Video ini menjadi viral selepas ianya dimuatnaik oleh Hugo. Buat masa ini, video ini telah mendapat 1.9 juta tontonan


August 6, 2014

Bila Mat Salleh Makan Durian

Salam semua...


Sila tengok video ini dan lihat reaksi seorang lelaki berbangsa asing menikmati raja segala buah iaitu Durian. Trevor James merupakan seorang penggemar makanan dan dia melancong untuk menikmati makanan yang enak diseluruh dunia. Malaysia merupakan antara tempat yang dia kunjungi.


March 13, 2014

Lagu Bertajuk #Selfie Popular

Salam semua...

Lagu #Selfie telah dihasilkan oleh The Chainsmoker dan di muatnaik di Youtube pada 29 Januari 2014 dan telah mendapat tontonan sebanyak 10 juta. Lagu tersebut menjadi viral apabila mendapat tempat ke 6 di carta iTunes US dan tempat ke 8 dalam carta Spotify.

)

Untuk yang tidak tahu, perkataan selfie telah pun di masukkan ke dalam kamus Oxford pada tahun lepas. Selfie memberi makna mengambil gambar yang diri sendiri, dan dimuat naik ke laman web media sosial. Perkataan lain bagi selfie ialah selca iaitu self camera dan juga memberi maksud yang sama.


February 27, 2014

Shila Amazah I Am a Singer

Salam semua...


Masih belum terlambat untuk aku post entri pasal Shila Amzah ni. Untuk yang masih tak tahu lagi, Shila Amzah sekarang masuk pertandingan I am a Singer di China. Pertandingan tersebut merupakan pertandingan antara artis. Shila Amzah baru saja masuk pertandingan tersebut minggu lepas dan mendapat tempat kedua.

Pertandingan  I Am a Singer merupakan pertandingan dari Korea Selatan yang juga membawakan konsep yang sama.Shila Amzah membawakan lagu mandarin yang bertajuk Xiang Ni De Ye dan berjaya memukau penonton di dalam dewan tersebut dengan vokalnya.

October 18, 2013

Wanita New York Mempunyai Kuasa

Salam semua...


Bagaimana jika seseorang itu mempunyai kuasa telekinetik? Telekinetik adalah kebolehan seseorang manusia menggerakan sesuatu objek tanpa memegang objek tersebut. Tak pasti kesasihan kuasa telekinetik, tapi kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca dalam Wikipedia.

Berbalik kepada tajuk, sebenarnya video ini dibuat untuk mempromosikan filem terbaru iaitu Carrie. Filem ini mengisahkan seorang remaja wanita yang mempunyai kuasa telekinetik. Filem tersebut diadaptasi dari buku bestseller dari penulis Stephen King dan buku tersebut telah diadaptasi menjadi filem sebelum ini.

September 27, 2013

Ahli Bomba Menyelamatkan Kucing (Video)

Salam semua...

Dalam dunia sosial kecoh dengan gambar remaja memasukkan kucing dalam botol dan remaja tersebut telah meminta maaf dan sebenarnya dia tak berniat dan tidak ada niat untuk menganiaya kucing itu. Aku dapat tau pasal kucing tu pun dalam blog Zamani

Dalam Youtube pulak tengah viral video seorang ahli bomba menyelamatkan seekor anak kucing. Dalam video tersebut memang boleh nampak betapa seorang ahli bomba menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dan kasih sayang terhadap binatang.

September 18, 2013

Apakah Loghat Anda? (Video)

Salam semua...

Channel The Ming Thing di Youtube baru-baru ini telah membuat video tentang loghat bahasa Inggeris. Video yang bertajuk Your Accent Come From Where dan menjadi viral di laman web Facebook.


Video tersebut mengenai accent ataupun loghat Bahasa Inggeris yang digunakan oleh orang ramai tetapi disampaikan dengan penuh humour.

July 23, 2013

Video Ikan Paus Hampir Makan Penyelam

Salam semua...


Video yang diupload dalam laman web Youtube menjadi popular apabila video tersebut berjaya merakam ikan paus yang hampir menelan manusia ketika ikan paus tersebut ingin mengambil nafas di atas permukaan air.