May 14, 2014

Filem Baru Harry Potter 2016

Salam semua...


Filem terbaru spinoff Harry Potter akan berada di panggung wayang pada 18 November 2016. Filem ini merupakan dari dunia Harry Potter tetapi filem ini bakal memperkenalkan watak baru.

Filem ini akan berdasarkan dari buku yang ditulis oleh J.K Rowling iaitu Fantastic Beast and Where to Find Them. Filem ini akan dijadikan trilogi dan akan ditayangkan 11 tahun selepas tayangan Harrry Potter and the Goblet of Fire ditayangkan pada tahun 2005.

Pelakon untuk filem ini masih belum diketahui sepenuhnya tetapi sebarang berita akan diberitahu oleh J.K Rowling sendiri. Buat yang rindukan dunia Hogwarts, sama-sama kita nantikan filem ini.

No comments:

Post a Comment