August 5, 2014

6 Pengeluar Telefon Pintar Terbesar di Dunia

Salam semua...

Umum mengetahui Samsung masih merupakan pengeluar telefon pintar terbesar di dunia tetapi dari segi keuntungan, Samsung dikatakan mengalami kerugian untuk tiga penggal berturut-turut. Yang menarik perhatian apabila Xiaomi yang kurang dari 3 tahun mengeluarkan telefon pintar mereka yang pertama  Mi1 telah turut tersenarai dalam 6 pengeluar terbesar telefon pintar di dunia.




Antara 6 pengeluar telefon pintar yang tersenarai, 3 daripadanya ialah pengeluar dari negara China iaitu Huawei, Lenovo dan yang makin meningkat popular Xiaomi. 2 daripadanya pengeluar dari Korea Selatan iaitu Samsung dan LG. Dan 1 pengeluar dari Amerika iaitu Apple. Semua pengeluar mengalami peningkatan kecuali Samsung tetapi mereka masih mengeluarkan hampir 2 kali ganda berbanding pengeluar lain.

Xiaomi dan Samsung bakal mengeluarkan telefon pintar terbaru mereka, Mi4 dan Galaxy Note 4 dan juga Galaxy Alpha. Sama-sama kita nantikan.

No comments:

Post a Comment