Salam semua...
Salah seorang wanita telah berjaya mengambil gambar puting beliung berapi atau lebih dikenali sebagai Firenado, campuran nama "Fire" dan "Tornado". Kejadian ini berlaku pada hari Ahad yang lepas di Chillicothe.
Pusar api yang sangat besar amat jarang berlaku tetapi ianya boleh berlaku tetapi pusar api yang lebih kecil seperti gambar dia atas kerap terjadi. Kejadian yang pertama di catatkan adalah di Canberra, Australia.
Keadaan ini terjadi akibat kawasan haba dari api yang menyebabkan pusar angin yang berputar secara menegak. Ini mewujudkan vorteks yang menghisap api ke dalam angin tersebut dan menjadi puting beliung berapi.
Kejadian ini berlaku di tempat yang sering berlakunya puting beliung dan Amerika Syarikat merupakan antara negara yang kerap terjadinya puting beliung.
No comments:
Post a Comment