cSelama 3 bulan lebih menjalani kelas memandu.Akhirnya tanggal 17 Februari terbayar juga dengan lesen P yang diperolehi.Sepatutnya boleh dapat lebih awal lesen tersebut.Tapi disebabkan terikat dengan jadual kerja,terpaksa ditangguhkan dahulu hingga bulan 2.Daripada kursus hinggalah ujian JPJ,banyak benda yang dipelajari mengenai pemanduan kereta.Kenangan pun ada,ketika belajar memandu selama 8 jam.Pelbagai cikgu yang dapat ditemui.Ada yang memahami,cepat marah,baik,sporting,kelakar.Paling aku suka dengan cikgu yang mengajar untuk kali pertama dan terakhir.Kedua-dua cikgu tersebut memahami.Setelah selesai belajar memandu,tiba giliran untuk Pra test,disebabkan menjadi orang pertama yang di uji,aku gagal untuk membuat balancing dengan baik.Aku pun keluar dari kereta dan menunggu sehingga pelajar lain habis.Atas budi bicara cikgu yang menjadi penguji,aku diberi peluang sekali lagi untuk mencuba membuat Pra test tanpa membuat bayaran.Dan kali kedua aku berjaya dengan jayanya.Tiba ujian dijalan raya,dipendekkan cerita aku pun lepas untuk ujian tersebut.
Dalam masa 2 minggu aku akan diuji oleh JPJ.Mendengar cerita daripada rakanku yang gagal ketika ujian JPJ,terasa cuak pula untuk ujian tersebut kerana mereka tersangkut di bahagian 3 penjuru.Sungguh strict JPJ.
Tiba pada hari ujian,pelajar pergi ke tempat ujian JPJ.Pagi itu hujan turun dengan lebat tapi dengan kuasa Allah,hujan tersebut berhenti dan kami pergi ke tempat ujian.Seperti biasa,seorang demi seorang membuat ujian bahagian kedua.Dan sekali lagi pelajar pertama gagal melepasi bukit.Mungkin disebabkan perasaan nervous menjadi orang pertama kerana pelajar tersebut membuat balancing dengan baik ketika Pra test.Giliran pada hari itu adalah nombor 22.Ketika dipanggil nombor 22,aku berjalan menuju ke kereta.Mulut kumat-kamit membaca apa yang patut.Kaki kiri di clutch,kaki kanan diminyak dan aku terus naik ke bukit selepas mengangkat handbrake.Akibat terlalu laju,kereta terlajak ke depan.Anggota JPJ menyuruh aku kebelakang untuk melakukan semula.Aku melakukan seperti biasa,dan untuk kali kedua,aku berjaya berada di dalam kotak kuning.Memang sangat cuak,takut-takut minyak tak cukup untuk ke depan.Balancing dibuat dan ketika kereta rasa terangkat,aku terus mengangkat handbrake menuju ke side parking.Selesai di side parking terus ke 3 penjuru dan ketika hendak membuat olah gerak yang terakhir,enjin kereta tersebut mati disebab terlalu memikirkan tentang rakan yang gagal di 3 penjuru.Tapi,aku hanya menghidupkan semula enjin dan keluar dari petak tersebut.Sebelum membuat bahagian 3,sempat melihat keputusan bahagian 2.Syukur Alhamdulillah.Lepas juga bisik di dalam hati.Dipendekkan cerita lagi,aku dapat JPJ yang strict untuk ujian bahagian 3 kerana sebelum giliran aku,pelajar yang naik kereta anggota JPJ tu belum sempat keluar dari pusat memandu sudah gagal.Memang sangat cuak tapi dengan selamba aku masuk ke dalam kereta dan terus membuat apa yang perlu.Semuanya okay ketika di jalan raya tapi ketika lampu isyarat yang terakhir,aku lupa untuk memasukkan gear, lalu anggota JPJ tu tegur "Mane ko nak pergi,gear tak masuk" katanya dengan selamba.Aku pun memasukkan gear 1 dan jalan pulang ke pusat memandu dan akhirnya LULUS.
Keesokkan harinya,aku terus pergi ke JPJ untuk membuat lesen P =]
p/s : cerite dgn detail coz ade org nak tau. =] [kepade org tu,bace btol2] =p
heyyy cuak la aku.
ReplyDeletewaahh..
ReplyDeletemcm cool je ko amek ujian nih..
ek? x glabah ke ble kne tgo ngn org JPJ tu.
huhu..
nasib ko mmg bek..
lulus ntk 1st try..
chaiyou ar!!
nyway, kamsahamnida!!
blajr mengwl emosi ktke ujian 6t an. ahaks..
well,
nk congrats dlm bhse korea..
Chukahaeyo!!!
Ok la lulus. Saya digagalkan di 3 penjuru sebab semasa olah gerak terakhir enjin kereta mati.. Saya hidupkan saja dan keluar dengan tenang, sama seperti yang anda lakukan.. Namun JPJ tu maklumkan saya kandas. Saya minta penjelasan tapi beliau ignore ja (dengan muka yang $%$##)... apa boleh buat. huhuhu
ReplyDeleteSejak hari ini (21 Julai 2010), saya sangat anti dengan JPJ yang langsung takda budi bicara!!!!
Paquin,abis tu xnak repeat lgi ke?tggu abis amik test baru la anti. =]
ReplyDelete