Seperti biasa waktu off aku pada hari Selasa dan Jumaat.Sebelum balik kerja pada hari Isnin,aku melihat jadual waktu sekali imbas dan terlihat perkataan A yang membawa makna AFTERNOON.
Dengan yakin dan tanpa was-was,pada hari Rabu aku pun pergi ke tempat kerja pada pukul 12.30 tengahari.Tiba di kaunter MPH bookstore,rakan sekerja bertanya
"Syuk,bukan kau kerja pagi ke?"
"Petanglah"jawab aku dengan yakin.
Aku terus pergi ke office dan supervisor pun menegur aku,
"Syukri,awak punya shift pagi.Awak dah salah masuk shift"
Dengan perasaan tak percaya,aku masuk ke bilik bos dan terus melihat jadual waktu.Dan memang betul,sepatutnya aku masuk shift pagi.Aku pun keluar dalam bilik tersebut dan terus melakukan kerja.Dan secara kebetulan.salah seorang rakan aku yang bekerja shift petang tidak dapat datang dan aku perlu menggantikan tempatnya sebagai cashier.
Semesa mengira float,aku pun berkata sambil tersenyum dengan supervisor tersebut "Ada hikmah saya salah shift."Sepervisor hanya tersenyum.
Satu lagi cerita tentang seorang customer berbangsa Cina.Customer tersebut memang seorang yang berada dan mempunyai tittle di depan.Dia membeli lebih kurang 40 buah buku dan harga buku-buku tersebut ada yang mencecah RM 200 untuk sebuah buku.Aku menjadi cashier pada hari dia hendak mengambil buku dan bila melihat cara customer tersebut membuatkan aku tersenyum.Dia seorang yang peramah ketika bercakap dengan staff MPH,kelakar dan walaupun dia kaya,dia bukan seorang yang berlagak.Sempat juga berbual-bual dengan customer ketika dia hendak membayar buku tersebut.Memang baik.
p/s : dah mule bergiat menulis semule.haha =p
kayam? haha, syuk kau ngantuk masa menulis ni?
ReplyDeletetak la..maybe nak cepat kot siapkan..
ReplyDeletetq reading..