July 21, 2011

(Review) Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2

Salam sema..

Filem Harry Potter melabuhkan tirainya dengan filem mereka yang terakhir iaitu Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2.Dengan tag line filem ini iaitu It All Ends ia merupakan antara climax terbaik dalam sejarah filem fantasi.

Filem ini bermula aksi dimana Harry dan rakannya pergi ke Gringotts Bank untuk mencari Hocrux yang berada di dalam bilik kebal Bellatrix Lestrage.Aksi terbaik dalam scene tersebut dimana mereka menjadikan naga yang terdapat di bilik kebal sebagai kekuatan mereka untuk melepaskan diri.


Aksi yang kedua dan yang paling best adalah di School of Wizardy iaitu Hogwarts.Harry Potter kembali untuk mencari Hocrux yang seterusnya.Scene ni antara scene terbaik dalam semua siri Harry Potter.Cikgu di Hogwarts membuat pertahanan di sekolah tersebut daipada dipecah masuk oleh pengikut Lord Voldermort.

gambar kabur.Sebelah kiri Prof. Mcgonagall dan ibu Ron Weasley

Dan aksi yang terakhir sekali ketika Harry Potter bertarung dengan Lord Voldermort.Boleh kata sengit pertarungan antara mereka ni tapi rasanya yang tak best bila bukan kawan baik Harry Potter sendiri yang bunuh Hocrux yang terakhir (Nagini) tetapi Neville Longbottom yang bunuh dengan pedang Gryfindoor.




Nak cerita detail tak best pulak tapi bagi yang fanatik Harry Potter,korang wajib tengok filem epik ni.Lepas ni dah takda Harry Potter lagi.Filem ni berakhir dengan situasi selepas 19 tahun dimana Harry Potter berkahwin dengan Ginny manakala Ron Weasley berkahwin dengan Hermione Granger.


Itu dia anak kedua Harry iaitu Albus Severus Potter.Namanya diambil sempena 2 nama pengetua sekolah Hogwarts iaitu Albus Dumbledoor dan Severus Snape.Anak pertama Harry iaitu James Sirius Potter dan anak ketiga Harry iaitu Lily Luna Potter.

Bagi siapa yang macam tak puasa hari dengan filem ni,better korang baca novel Harry Potter sebab novel tu lagi detail.Tapi kalau tak rajin nak baca novel yang sampai 700+ mukasurat.Tengoklah movie.Worth it.

Rating : 5.1/5 [over.takpelah.Harry Potter last kot.bagilah banyak sikit =]