Seperti yang kita semua tahu,semenjak sistem pesanan ringkas ataupun SMS diperkenalkan,orang lagi ramai memilih SMS berbanding membuat panggilan terutamanya bagi para remaja disebabkan kosnya jauh lebih murah berbanding dengan membuat panggilan.Dibawah ini ada survey yang telah dilakukan terhadap remaja di US.Rasanya tak banyak perbezaan remaja di Malaysia dengan remaja di US.
Kalau kita nak bandingkan dengan remaja kat Malaysia ni rasanya tak jauh beza,ramai remaja kat Malaysia ni pun prefer SMS dari call sebab murah.Kalau lain pun daripada dekat atas ni mungkin akronim yang mereka guna berbeza dengan remaja kat Malaysia ni guna dan mereka banyak meringkaskan ayat daripada buat akronimkan.
CONTOH :
x = tak
ak/aq = aku
die/dye = dia
dan banyak lagi.Lagi satu yang korang selalu buat adalah menambah huruf dalam sesuatu perkataan tersebutkan.CONTOHnya ape jadi aper.Macam video yang Anwar Hadi buat khas untuk orang yang suka taip sms macam tu.
Korang prefer yang mana pulak?Call atau SMS dan apa akronim yang korang suka guna bila text dengan kawan korang.Boleh kongsi-kongsi kat sini.Mana tahu siapa yang baca ni bolehlah guna. =]
source : Mashable