Tips Melindungi Gigi daripada Kaviti

Salam semua...


Hari ini nak bercerita sikit tentang tips untuk mengelakkan gigi daripada kaviti.Bagi yang tidak tahu,kaviti ini terjadi kerosakan gigi ataupun tooth decay.Ia terjadi apabila makanan berlebihan yang mengadungi karbohidrat seperti roti,gula,buahan-buahan tertinggal di celah-celah gigi.Makanan lebihan tersebut akan bergabung dengan air liur untuk membentuk plak dan melekat pada gigi.

Berbalik kepada tajuk entri,tips untuk melindungi gigi daripada kaviti.Dan benda yang paling berkesan untuk melindungi gigi kita daripada kaviti ialah AIR LIUR.Air liur kaya dengan minerals,kalsium dan fosforus yang boleh meneutralkan asid yang dihasilkan oleh bakteria.

Tetapi air liur akan cepat habis apabila berlaku dihidrasi dalam badan kita,apabila kita muntah dan apabila kita mengambil ubat.Berikut merupakan cara-cara untuk mengekalkan kelembapan mulut :



DO

  • Selalu meminum air mineral ataupun air masak [air akan membuatkan mulut kita lembab]
  • Makan makanan yang rangup atau makanan yang boleh dikunyah [ gula-gula getah atau sayur mentah]
DON'T
  • Merokok atau meminum air yang mengandungi kafein ataupun makan makanan yang pedas. Ini merupakan cara untuk mengeringkan mulut anda
  • Bernafas melalui hidung.[ ia akan mempercepatkan pengeringan mulut]
Rasanya perkara macam ni selalu dipandang ringan oleh masyarakat sekarang sebab perkara macam ni tidak terkena pada batang hidung sendiri.Sama-samalah kita menjaga gigi kita supaya tak jadi seperti 


Siapa tak nak kalau semua gigi kita macam....


source : Reader Digest June 2011

Popular posts from this blog

Korean Rice Cake Dubokki

Good Daughter, Hana Korean Drama