July 23, 2011

Music Bank Special Live in Tokyo (KPOP Festival)

Salam semua..

Petang tadi KBS telah menyiarkan Music Bank Special dari Tokyo.Konsert tersebut diadakan pada minggu lepas iaitu 13 Julai 2011 tetapi baru ditayangkan petang tadi di saluran KBS2 di Korea dan di 72 buah negara menerusi KBS World.


Seramai 15 artis Korea yang membuat persembahan pada konsert tersebut iaitu termasuk  2PM,SNSD,4Minute,KARA,TVXQ,Rainbow,SECRET,BEAST,U-Kiss dan lain-lain.KBS membelanjakan sebanyak RM7juta untuk menjayakan konsert tersebut dan seramai 45 ribu orang yang hadir pada konsert tersebut.

Konsert tersebut berlangsung selama 3 jam dan dibahagi kepada 2 bahagian.Bahagian pertama dimulakan dengan persembahan KARA dan diakhiri oleh 2PM.

KARA - Mister

Rainbow - Come To Me

U-Kiss - 0330

IU - Good Day

2PM - Hands Up

2PM - 10 Out of 10

Bahagian kedua dimulakan dengan 4Minute dan diakhiri oleh TVXQ

4Minute - Mirror Mirror


SECRET - Maddona

BEAST - Fiction

SNSD - Hoot

TVXQ - WHY


Konsert yang diaorang buat mesti gempak macam SM Town Live in Paris dengan MBC Korean Wave Concert.Mungkin sebab artis-artis Korea ni senang nak berkumpul untuk buat sesuatu event.Walaupun lagu yang diaorang nyanyi tu berulang kali tiap minggu tapi still ramai yang nak tengok.