September 5, 2012

The Watch Movie Review

Salam semua..

Sebelum balik ke kolej,sempat aku tengok satu movie yang bertajuk The Watch. Aku tengok trailer movie ni kelakar sebab ada pelakon lawak Ben Stiller tu.Lagi pun masa nak tengok movie,tak ada choice lain.So decide tengok movie The Watch yang hanya untuk 18 tahun ke atas.


Movie ni mengisahkan tentang seorang pekerja yang telah mati ditempat kerjanya iaitu Costco.Dan pada ketika itu Evan Trautwig lakonan Ben Stiller merupakan pengurus untuk kedai tersebut.Dengan memegang tanggungjawab sebagai seorang pengurus,dia nekad untuk mencari pembunuh sebenar pekerjanya itu. Tak disangka-sangka,pembunuh itu merupakan alien.

Part yang twist bila dapat tahu yang boyfriend anak kawan Evan Trautwig tu merupakan ketua alien dan cara untuk membunuh alien dengan cara menembak alat kemaluan alien tersebut.




Storyline macam biasalah cuma yang membuatkan filem ni best lawak-lawak yang sengal dan berunsur 18 tu membuatkan korang gelak sampai kering gusi.Untuk peminat filem lawak,korang mesti tengok filem ni.Rugi tak tengok.

3.5/5 sebab jalan cerita yang biasa cuma lawak yang best :)

1 comment: