Akankah Bahagia Itu Milik Kita oleh Farisha Imani

Salam semua...


Novel ini mengisahkan tentang Nurul Iman dan Fariz Minhat yang terikat dengan wasiat oleh orang tua mereka untuk menyatukan mereka. Di sebabkan wasiat tersebut, mereka membenci atas satu sama lain kerana masing-masing tidak meluahkan perasaan sayang antara mereka. Dan bermula dari perkahwinan mereka yang tidak direlakan, pelbagai dugaan yang datang sebelum mereka dapat memiliki kebahagiaan yang diinginkan.


Sebab-sebab aku suka novel ni , novel ni mula dengan zaman persekolahan hingga ke zaman dewasa. Aku memang suka bila love story yang berlatarbelakangkan zama persekolah sebab bagi aku menarik untuk dibaca. Konflik yang memang annoying habis dan juga babak-babak yang sangat menyayat hati bila dibaca. Satu aku perasan, watak utama nama dia Iman, watak jahat dalam novel ni Farisya. Tak ke penulis guna nama dia sendiri untuk buat novel. Just kidding. Definitely my guilty pleasure.

Comments

Popular posts from this blog

Korean Rice Cake Dubokki

Subway Pertama di Melaka