August 27, 2013

Good Doctor Korean Drama

Salam semua...


Tajuk : Good Doctor
Genre : Melodrama, Medical
Episode : 20
Masa : Setiap Isnin & Selasa 9.00 malam di KBS World

Drama ini mengenai seorang lelaki muda, Park Shi On (Joo Won) yang mempunyai Idiot Savant Sindrom . Penyakit tersebut menjadi penghalang untuk dia menjadi seorang pakar bedah pediatrik. Dia adalah seorang pakar kanak-kanak yang kurang upaya tetapi seorang genius dalam perubatan. Dia adalah seorang doktor berbakat tetapi mempunyai masalah lain dalam hidupnya, seperti sukar bersosial dengan orang.


Pelakon utama dalam drama ini ialah Joo Won yang popular dalam drama Bridal Mask), Moon Chae Won yang popular dengan drama Innocent Man dan  Joo Sang Wook yang pernah berlakon dalam drama Paradise Ranch.
Drama ni mendapat tempat pertama untuk slot drama Isnin dan Selasa mengalahkan drama lain.

Opinion : Aku baru tengok satu episode dan macam menarik sebab orang yang autism tapi sangat genius. Pelakon drama ni pun boleh tahan hebat jugak.

No comments:

Post a Comment