Showing posts with label k-artist. Show all posts
Showing posts with label k-artist. Show all posts

February 28, 2014

Girls Generation Mr Mr Music Video

Salam semua...


Girls Generation sudah mengeluarkan music video terbaru mereka iaitu Mr. Mr. pada malam ini. Album tersebut telah pun keluar dan mendapat tempat pertama dalam carta muzik di Korea mahupun di iTunes luar negara.


Teaser solo untuk lagu terbaru mereka Mr Mr. Lagu Mr Mr juga mendapat gelaran "all kill" disebabkan lagu tersebut mendapat tempat pertama di semua carta muzik di Korea.



October 8, 2013

IU - Modern Times Album

Salam semua...


Album terbaru dari IU bertajuk Modern Times. Album tersebut membuat 13 lagu dan lagu single dalam album tersebut bertajuk Red Shoes.

July 18, 2012

IU Single Album

Salam semua...

Berita gembira untuk aku sebab dapat hadiah yang sangat best sempena birthday aku bulan lepas.Aku tak sangka ada orang nak bagi hadiah yang mahal tu.Hadiah yang aku dapat ialah sebuah album dari artis yang aku sangat minat sekarang ni.


Tak pernah aku ada album Korea,ni lah first time ada album korea.Even aku minat tapi tak pernah rasa nak beli sebab mahal,nak tengok lirik tak tahu sebab dalam bahasa korea.Tapi seronok jugak album ni.Ada gambar-gambar IU yang sangat cantik dan comel.Untung aku dapat album ni.

January 30, 2012

B.A.P Korean Group

Salam semua..

Minggu ni ada satu group kpop yang debut dari syarikat TS Entertainment yang juga mempunyai artis popular iaitu SECRET.Gempak kot group ni bila tengok music video untuk single first dorang iaitu Warrior.

Yang uniknya,semua dalam group ni blonde.2 daripada ahli group ni pernah ada single yang bertajuk Never Give Up dan mereka pernah datang Malaysia untuk fan meeting.Sebab mereka ni tak berapa famous sangat,so tak berapa kecoh bila dorang datang.


Memang gempaklah rasanya MV pertama dorang sebab dance lagu ni sangat bergaya dan rasanya boleh famous cepat group ni,tapi yang macam weird bagi aku time suara yang mula-mula nyanyi tu macam dalam gila suara dia.Tak percaya dengarlah sendiri.

Eatyourkimchi pun buat review dan interview pasal lagu dorang ni.Dan yang paling gempak lagi album dorang tersenarai dalam top 10 world album okay.


May 25, 2011

SNSD become goddess for their Japanese album

Salam semua..

Selepas mereka dijadikan muka depan majalah Marie Claire,mereka bertukar pula menjadi 9 dewi untuk album Jepun mereka yang akan dipasarkan pada bulan Jun nanti.



Diberi nama Girls' Generation,album tersebut mempunyai 12 buah lagu termasuk lagu-lagu popular iaitu Gee,Run Devil Run,Hoot dan juga single terbaru mereka Mr. Taxi.Mereka akan mengeluarkan 3 jenis album iaitu Deluxe First Press Limited Edition,Limited Edition dan Regular Edition.Dalam ketiga-tiga edition tersebut,Deluxe First Press Edition akan dipasarkan dalam bentuk kotak dan termasuk dengan bag mini.




Jom close up wajah-wajah 9 gadis cantik ni.Mesti korang cair tengok.

April 24, 2011

f(x) : Korean Girl Group

Salam semua...


f(x) merupakan kumpulan daripada syarikat SM Entertainment yang debut pada tahun 2009.Disebabkan mereka ni dibawah naungan antara syarikat muzik yang berpengaruh di Korea,mereka senang mendapat populariti.Terdiri daripada 5 orang gadis dan single pertama mereka La Cha Ta.

April 9, 2011

Artis Korea: IU Masuk KOSMO!!!

Salam semua...

Pagi-pagi biasalah,orang akan baca surat khabar dan sekarang dengan zaman serba teknologi ni baca surat khabar pun online.Dalam membelek surat khabar Kosmo tadi,tiba-tiba nampak seorang artis Korea dekat dalam ruang Hiburan.



Dia nilah yang masuk Kosmo.Okay,cun + cute kan gadis ni.Nak kenal?

April 7, 2011

4Minute : Korean Girl Group

Salam semua...


Kumpulan ini dianggotai dengan 5 orang gadis dan mula debut pada tahun 2009 dengan mini album For Muzik dan single pertama mereka Hot Issue.Berjaya mendapat hati peminat muzik k-pop dan terus keluar mini album Hit Your Heart dan lagu hit adalah Huh dan I My Me Mine.Terbaru kumpulan ini keluar dengan mini album Heart to Heart yang sama dengan tajuk single untuk mini album ini.Kumpulan ini jugak melebarkan populariti ke Jepun dengan mengeluarkan album Jepun iaitu Diamond.

Kumpulan ni bernaung dibawah Cube Entertainment yang juga menaungi artis G.Na dan Beast.Kalau tak silap syarikat ni adalah subsidiary untuk JYP Entertainment.

March 29, 2011

C.N Blue : Korean Band

Salam semua...


C.N Blue merupakan sebuah kumpulan rock band daripada South Korea.Debut pada tahun 2009 di Jepun manakala di Korea pada tahun 2010.Di gelar FT Island kedua kerana mempunyai style yang sama dan juga dibawah satu syarikat yang sama dengan FT.Island.Debut di Korea dengan tajuk "I'm A Loner" dan mendapat sambutan hangat.


March 25, 2011

Top 10 K-Pop Maknaes

Salam semua..

Disebabkan populariti K-Pop yang kian meningkat,ramai orang yang berlumba-lumba nak belajar bahasa korea.Maknaes dalam bahasa Korea ahli kumpulan yang paling muda.Okay,syuk bukan nak ajar bahasa korea tapi nak cerita pasal maknae.Hari tu MTVK ada buat undian untuk top 10 maknae dan pemenang nya...

Super Junior Kyuhyun number 1.Kumpulan yang baru je buat persembahan kat Malaysia sabtu lalu.Untuk sesiapa yang pergi,mesti seronokkan?


March 19, 2011

Korean Celebrity Twitter : Jom follow artis kegemaran!!!

Salam semua..

Nak tahu perkembangan celebrity korea kesayangan korang?Jom follow mereka.

2PM
Chansung
Nickhun
Junho
Junsu
Taecyeon
Wooyoung

2AM
Jo Kwon
Jinwoon
Seulong
Changmin

March 12, 2011

Big Bang Comeback

Salam semua...


Group Big Bang ni tak asing lagi buat peminat k-pop kan?Siapa yang tak kenal Big Bang tu maknanya dia masih belum jadi k-pop fans yang sejati.hehehe.Agak lama jugak mereka ni tak buat comeback akhirnya tahun ni diaorang buat comeback dengan keluarkan extended play bertajuk Tonight.Sangat famous mereka ni kat korea mahupun Jepun sampai buat album dalam bahasa Jepun lagi.Untuk sesiapa yang tak kenal lagi ahli Big Bang ni jom kenal.

March 6, 2011

SUJU sub group : Super Junior M

Salam semua..


Siapa sini minat Super Junior?Memang ramailah minat SuJu ni.Tapi syuk bukan nak cerita pasal SuJu tapi sub group dia iaitu Super Junior M.Untuk sesiapa yang tak tahu,group ni campur antara Korea dengan Cina.M tu bermaksud Mandarin dan memang group ni ditubuhkan sebab populariti SuJu yang tinggi kat Cina.

February 3, 2011

Miss A : Korean Girl Group

Salam semua..

Peminat setia kpop?Mesti semua orang tahukan group Miss A ni?Diaorang famous dengan lagu Bad Girl,Good Girl dan lagu Breathe.Diaorang baru debut bulan Julai tahun lepas dan terus famous mendadak-dadak lepas debut.Miss A ada 4 orang ahli,2 daripada diaorang orang China.




 Min
Lahir 21 Jun 1991
Dia ni dah 8 tahun training under JYP,saing dengan Jo Kwon
Sekarang dia aktif dengan variety show Oh My School
 Suzy
Lahir 10 Oktober 1994
Baru 1 tahun training under JYP
Sekarang dia berlakon dalam drama yang best Dream High



Jia
Lahir 3 Feb 1989
Dia ni orang china & jadi training artis untuk 3 tahun sebelum debut
Badan Jia ni sangat fleksibel




Fei
Lahir 24 Julai 1987
Dia ni pun orang china jugak
Training selama 3 tahun










Jom cerita pasal lagu Miss A pulak,first single diaorang Bad Girl,Good Girl.Dance untuk lagu ni menjadi ikutan ramai sampai buat parody untuk lagu ni.Memang famous lagu ni,maybe sebab influence by JYP sendiri.Lagu ni jugak dapat award untuk song of the year kat Mnet Asian Music Award.Second single Miss A tajuk Breathe.Agak kelakar dance diaorang untuk lagu ni.


 
Bad Girl,Good Girl

 
Breathe


 
 Ni parody best punya.JYP & 2pm.

Apa-apa pun Miss A best!!! Bila lah diaorang nak kelaur single lagi ni..