IU Single Album

Salam semua...

Berita gembira untuk aku sebab dapat hadiah yang sangat best sempena birthday aku bulan lepas.Aku tak sangka ada orang nak bagi hadiah yang mahal tu.Hadiah yang aku dapat ialah sebuah album dari artis yang aku sangat minat sekarang ni.


Tak pernah aku ada album Korea,ni lah first time ada album korea.Even aku minat tapi tak pernah rasa nak beli sebab mahal,nak tengok lirik tak tahu sebab dalam bahasa korea.Tapi seronok jugak album ni.Ada gambar-gambar IU yang sangat cantik dan comel.Untung aku dapat album ni.


Album yang latest dari IU ni bertajuk Spring of a Twenty Year Old.Memuatkan 3 lagu dan salah satu lagu tu dicipta oleh IU sendiri.Memang sangat best lagu Peach tu.Korang rugi tak dengar lagi.


Tengoklah,macam mana nak baca lirik tu,kalau aku tahu bahasa korea tak ada masalah.Boleh faham,kena ambil kelas bahasa korea ni.Apa pun thanks sangat-sangat kepada kawan aku tu Zakiah yang bagi hadiah album ni kat aku sebab tahu aku suka kat IU ni.Do visit her blog.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Korean Rice Cake Dubokki

Good Daughter, Hana Korean Drama