March 13, 2014

Lagu Bertajuk #Selfie Popular

Salam semua...

Lagu #Selfie telah dihasilkan oleh The Chainsmoker dan di muatnaik di Youtube pada 29 Januari 2014 dan telah mendapat tontonan sebanyak 10 juta. Lagu tersebut menjadi viral apabila mendapat tempat ke 6 di carta iTunes US dan tempat ke 8 dalam carta Spotify.

)

Untuk yang tidak tahu, perkataan selfie telah pun di masukkan ke dalam kamus Oxford pada tahun lepas. Selfie memberi makna mengambil gambar yang diri sendiri, dan dimuat naik ke laman web media sosial. Perkataan lain bagi selfie ialah selca iaitu self camera dan juga memberi maksud yang sama.



Lagu dan video tersebut mendapat perhatian ramai kerana ramai orang media sosial yang berpengaruh menyertai video tersebut dengan cara menghantar gambar selfie mereka antaranya rapper Snoop Dog dan kumpulan hip hop Far East Movement.

Lagu ini hanya mempunyai dialog dari gadis dan selebihnya muzik yang menarik. Mungkin keunikkan lagu tersebut membuat lagu #Selfie viral.

No comments:

Post a Comment