February 26, 2014

Mayat berkafan ditepi jalan

Salam semua...


Cuba bayangkan tengah-tengah berjalan tiba-tiba ternampak mayat yang sudah dikafankan ditepi jalan. Mesti semua orang gelabah tengok. Perkara yang sama terjadi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

BUKIT MERTAJAM - Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui dibungkus dalam kain cadar di Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd. Lah berkata, mayat itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 8.45 pagi dengan kepala dan kaki mayat diikat.
"Keadaan mayat seperti sudah dikafan. Ia masih dalam keadaan sempurna, tidak berpakaian dan mulutnya berbuih. Kita percaya mungkin lelaki itu baharu mati," katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati di tempat lain sebelum mayatnya ditinggalkan di situ.
Lagi gambar


Mayat tersebut dikafankan dengan cadar dan tiada kecederaan yang ditemui pada mayat tersebut. Agak menakutkan bila ternampak mayat siap dikafan kat tepi jalan. Kenapa ada orang yang siap buat macam tu? Kenapa tak terus tanam? Mungkin pembunuh nak tinggalkan trade mark



1 comment: