September 19, 2014

The Maze Runner Review

Salam semua...


Tajuk : The Maze Runner
Durasi : 1jam 53minit
Rating : 4/5
Filem ini mengisahkan sekumpulan remaja yang telah disimpan di dalam sebuah maze. Thomas merupakan salah seorang remaja tersebut. Dia telah dihantar ke dalam maze tersebut selepas ingatan dipadamkan. Filem ini menceritakan bagaimana Thomas dan yang lain bekerjasama untuk keluar dari maze tersebut.


Filem ini juga diadaptasi dari novel siri remaja paling laris juga dengan tajuk yang sama. Ia mempunyai 3 buah novel dan sebuah novel prekuel. Kemungkinan besar jika filem ini berjaya, mereka akan membuat sekuel disebabkan penghujung filem ini dibuat seolah-olah mempunyai sambungan.

Bagi pandangan aku, kalau nak dibandingkan filem adaptasi yang terkini seperti City of Bones, Divergent atau Vampire Academy, The Maze Runner ni lagi best dari segi adaptasi. Mungkin pergarah dan penulis skrip lagi hebat dari yang lain. Maze Runner juga mendapat review yang positif dari pengkritik filem.

Bagi yang suka dengan filem dystopia macam Hunger Games, korang memang patut tengok filem ni. Mungkin ada sikit persamaan tapi masih cerita yang berbeza.

2 comments:

  1. best.. dah tengok mggu lepas lagi tp agak malas pulak nak buat review hahaha. nantilah cari mood rajin dulu buat review

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat lah review,mungkin dapat attract orang tengok filem ni..

      Delete