September 23, 2014

The Voice Season 7

Salam semua...


Rancangan realiti TV, The Voice kembali untuk musim ke-7 dengan jurulatih baru iaitu Gwen Stefani dan Pharrell Williams. AXN bakal menayangkan rancangan tersebut bermula pada 23 September 2014 iaitu pada hari ini. Musim lepas menyaksikan Josh Kaufman dari kumpulan Usher memenangi The Voice dan naib juara ialah Jake Worthington dari kumpulan Blake Shelton.




The Voice 7 di AXN akan bersiaran kurang dari 12 jam tayangan di U.S. Sesuai dengan kempen yang dilancarkan oleh Astro iaitu "Same Day As US". Dengan kempen tersebut, kini rakyat Malaysia boleh menonton rancangan popular terbaru dari US pada hari yang sama ditayangkan di US.

Terdapat beberapa lagi rancangan yang akan ditayangkan sama hari ia ditayangkan di US dan berikut merupakan beberapa tajuk rancangan tersebut.

Downton Abbey S5 (Sept 22 – DIVA, CH702)
The Blacklist S2 (Sep 23 – AXN, CH701/CH721 HD)
The Voice S7 (Sep 23 & 24 – AXN, CH701/CH721 HD)
Marvel’s Agents of S.H.I.E.L.D. S2 (Sep 24 – FOX, CH710)
Scandal S4 (Sep 26 – StarWorld, CH711/CH722 HD)
Revenge S4 (Sep 29 – StarWorld, CH711/CH722 HD)
Resurrection S2 (Sep 29 – Lifetime, CH709)
Brooklyn Nine-Nine S2 (Sep 30 – DIVA, CH702)
The Walking Dead S5 (Oct 13 – FOX, CH710)

Ada sesiapa yang ternanti-nanti The Voice musim baru ni atau cerita lain, yang mana aku bold tu memang menarik untuk ditonton sebab aku pun layan cerita ni.

No comments:

Post a Comment