September 3, 2014

Galaxy Note 4 dan Galaxy Note Edge

Salam semua...


Samsung akhirnya melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Galaxy Note 4 dan Galaxy Note Edge. Note 4 merupakan telefon pintar yang ditambahbaik daripada Note 3 tanpa secara perubahan yang drastik dari segi rupa atau fungsi. Note 4 akan mula dijual pada bulan Oktober.


Note 4 hadir dengan skrin 5.7-inci, memori 32GB, 3GB RAM, dan bateri 3220mAh. Selain daripada Note 4, Samsung juga turut melancarkan Note Edge dimana skrin bahagian tepi Note Edge melengkung di bahagian tepi.


Dari segi spesifikasi, Note Edge mempunyai spesifikasi yang sama dengan Note 4 tetapi kurang 0.1 inci dari Note 4 iaitu 5.6 inci. Skrin melengkung dibahagian tepi mempunyai fungsi notifikasi dan fungsi shortcut tanpa perlu diletakkan pada bahagian skrin utama.


Turut dilancarkan Samsung Gear S dan Samsung Gear VR. Samsung Gear S merupakan jam tangan pintar yang terbaru dari Samsung manakala Samsung Gear VR merupakan headset realiti maya atau virtual reality headset dimana pengguna dapat merasai dunia maya melalui Gear VR. Samsung bekerjasama dengan Oculus Rift untuk menghasilkan Gear VR tersebut.

Samsung Gear S

Samsung Gear VR

Aku paling tertarik dengan Note Edge tu bila tengok hands on dekat The Verge. Memang menarik sebab notification boleh tengok dari tepi tanpa perlu tengok skrin utama. Mesti lagi mahal lagi Note Edge dari Note 4.
Sumber gambar : The Verge

No comments:

Post a Comment