5 Rekod Paling Aneh dalam Guinness World Records 2015

Salam semua....

Guinness World Records 2015 telah dikeluarkan pada Rabu yang lalu dengan rekod dunia yang menarik dan pelik. Ia meliputi segala-galanya daripada remaja yang tertinggi dan kucing paling pendek hingga yoyo yang terbesar. Berikut merupakan antara rekod-rekod yang pelik tercatat di Guinness World Records 2015.

1) Lidah Terpanjang - Nick Stoeberl


Purata panjang lidah manusia kira-kira 4cm tetapi untuk lidah Stoeberl berukuran 10.1cm. Dia telah memecahkan rekod Brit Stephen Taylor (9.8 cm) yang memegang gelaran itu sejak 2002.

2) Yo-yo Terbesar - Beth Johnson


Menurut rekod Guinness World 2015, yo-yo ini berukuran 11 kaki, 9 inci dengan berat 2000kg. Yo-yo ini hanya mengambil masa satu tahun setengah untuk membina dan boleh berfungsi sepenuhnya.


3) Kucing Paling Pendek - Lilleput


Kucing ini berusia sembilan tahun dan berukuran hanya 13cm dari lantai ke bahu. Kucing ini dipelihara di California

4) Gitar Elektrik Paling Besar - Scott Rippetoe


Gitar ini berukuran 13 meter tinggi, 4.9 meter lebar dengan 900kg. Menurut Guinness, pelajar dari Conroe Independent School District Academy of Science and Technology di Texas membuat gitar ini dengan kos 3,000USD. Gitar ini boleh digunakan seperti biasa.

5) Kuku Terpanjang - The Dutchess


Dutchess atau dikenali sebagai Christine Walton dari Las Vegas, Nevada telah memegang rekod ini sejak 2011. Pada pengukuran lepas, kuku dia telah rekodkan dengan panjang 11.3 meter.

Comments

Popular posts from this blog

Korean Rice Cake Dubokki

Good Daughter, Hana Korean Drama