September 8, 2014

The Woman Who Married Thrice Korean Drama

Salam semua...


Tajuk : The Woman Who Married Thrice
Genre : Romantik, Komedi
Episode : 40
Saluran : ONE (393)
Waktu : Setiap Isnin- Khamis, 7.40 malam, ulangan 12.35 tengahari

Drama keluarga ini mengenai seorang ibu dan dua anak perempuannya, Oh Eun Soo (Lee Ji Ah) adalah anak kedua dalam keluarga ini. Jung Tae Won (Song Chang Ui) adalah suami pertama dan Kim Joon Goo (Ha Suk Jin) adalah cinta barunya Dia masih seorang pelajar dalam jurusan pengurusan.


Drama ini dijadualkan hanya untuk 32 episod tetapi dipanjangkan menjadi 40 episod disebabkan rating yang tinggi untuk slot drama ini. Siapa yang selalu tengok drama mesti pernah nampak 2 orang lelaki tersebut. Song Chang Ui berlakon dalam drama You've Fallen For Me dan Ha Suk Jin berlakon dalam drama If Tomorrow Comes yang pernah ditayangkan di ONE. Lee Ji Ah pula berlakon dalam drama Me Too Flower.

Drama ini bersiaran di saluran SBS pada November 2013 sehingga bulan Mac 2014 dan mendapat rating yang tinggi untuk slot waktu tersebut.

No comments:

Post a Comment