Posts

Showing posts from August, 2012

Galaxy Note 2

Image
Salam semua..

Sudah hampir setahun Galaxy Note diperkenalkan oleh pihak Samsung dan pada 29 Ogos 2012 yang lepas,pihak Samsung telah mengeluarkan gadget terbaru mereka iaitu Galaxy Note 2.


Sekali pandang macam Galaxy S3 cuma besar sikit sebab skrin Galaxy Note 2 ni 5.5 inci.Spesifikasi yang lain tu biasa-biasa je cuma banyak lagi yang baru Galaxy Note 2 ni boleh buat.Korang boleh tengok video tutorial ni.


Gangnam Style Psy Popular

Image
Salam semua..

Katy Perry pun suka k-pop.Siapa sangka penyanyi solo,Psy dari Korea Selatan boleh popular dengan lagu Gangnam Style.Siapa yang tak tengok lagi music video ni mesti tengok sebab memang tengah hot sekarang ni.No 1 untuk video yang paling viewed bulan lepas dan angka terus meningkat.


Routine lagu ni membuatkan ramai orang addicted dengan lagu ni.Bukan artis Korea sendiri yang buat cover lagu,artis Barat pun buat cover.Siapa kenal Nelly Furtad,dia pun nyanyi lagu ni masa dia buat konsert.


To The Beautiful You Korean Drama

Image
Salam semua...



Antara drama yang dinanti-nanti sepanjang tahun 2012.Drama yang diadaptasi dari drama Jepun yang bertajuk Hanazakari no Kimitachi e.Drama ini bersiaran di saluran SBS bermula 15 Ogos 2012 (semalam).

Semestinya peminat hana kimi dah tahu storyline drama ni macam mana.Untuk yang tak tahu,drama ni menceritakan tentang seorang gadis yang masuk ke sekolah pelajar lelaki untuk berjumpa dengan lelaki idamannya.

Video Untuk Dato Lee Chong Wei

Image
Salam semua..

Tengah-tengah blogwalking nampak satu entri yang berkenaan dengan hero Malaysia Dato Lee Chong Wei.Aku pun terus buka blog tu dan nampak sebuah video yang dibuat khas untuk DLCW oleh seorang pelajar IPT


Bila aku tengok je video tu memang sangat kagum dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh pelajar tersebut.Sungguh bermakna kata-kata dia walaupun hanya menggunakan ayat yang ringkas.Wajib tengok okay :)


Kat bawah video ada sekali dengan skrip yang dia cakap.Cuba hayati.

 You are a champion
You are a champion and you should know that
Forget the dos and donts, the mistakes and drawbacks

Because what you did that night no other Malaysian could do,
you reunited a country of people, and got a world rooting for you
5th August 2012
Sure, he's got the gold and he took the medal
but u took home hearts that wont fade or go brittle

You took home cheers even in those tears
going out with everything on the line, you blew our minds
with the best game we've seen, that forever will shine

Dato…

Segmen:Kenangan Kad Raya

Image
Salam semua...


Dah lama tak join segment miss Z.Dapat join balik segmen ni.

Kenangan suka duka kad raya.Rasanya aku tak ada kenangan duka,suka je la selalunya.Siapa tak suka dapat kad raya dari kawan,dulu masa sekolah asrama,sebelum nak balik cuti mesti ada sesi tukar kad raya.Nak dapat kad raya dari kawan katanya.Rasanya time sekolah dulu je yang bagi-bagi kad raya ni.Time masuk universiti dah tak ada.Dari blogger pon belum dapat lagi.


Ni kad raya yang latest aku dapat dari kawan,pun kawan sekolah jugak :)

Running Man Tshirt

Image
Salam semua...


Baju raya tahun ni.hahaha.

Datuk Lee Chong Wei the BEST

Image
Salam semua..

Terharu.Itulah yang dapat digambarkan bila pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei hantar tweet "I'm Sorry" selepas kalah dengan Lin Dan.Aku tak mampu nak cakap Lee Chong Wei kalah sebab dia sangat hebat sebab dah dapat 2 silver medal untuk Malaysia.


Sedih tengok dia bagi komen dekat channel Arena tadi.Nampak yang dia hampa walaupun tak menang,tapi ramai orang bangga dengan perlawanan akhir tadi sebab Lee Chong Wei main dengan bersungguh-sungguh. Dia dah pun jadi atlet terbaik negara di Olimpik sebab dapat sumbang 2 silver.

Tengok je bertapa ramai yang sokong Lee Chong Wei walaupun dapat silver.Nombor 3,7 dan 8 trending worldwide hanya untuk wira badminton negara.Aku yang tak berapa nak ambil tahu pasal sukan ni jadi teruja pulak bila Olimpik London 2012.

Free Baskin Robins Ice Cream

Image
Salam semua...

Tajuk provakatif.Berita tersebar cepat apabila Baskin Robin mengumunkan yang mereka akan memberikan ais krim percuma untuk semua jika Malaysia dapat membawa pulang pingat emas dari Sukan Olimpik London 2012.


Menurut sumber yang aku baca dari Bernama,mereka akan memberikan ais krim tersebut pada 8 Ogos 2012 diseluruh outlet Baskin Robins bermula jam 8.00 - 10.00 malam.Setiap orang akan dapat satu scoop aiskrim.

Peluang semakin cerah sebab Datuk Lee Chong Wei telah berjaya mara ke final setelah mengalahkan Chen Long.Makin hampir untuk mengejar pingat emas.All the best Malaysia :)

MPH Online Promosi

Image
Salam semua...

Untuk pengetahuan semua,MPH Online sedang mengadakan promosi penghantaran percuma untuk setiap pembelian di MPH Online.Sebelum ini,MPH Online mengenakan bayaran sebanyak RM7 untuk pembelian kurang daripada RM80.


Promosi ini akan berakhir pada 31 August 2012.Selain itu,sebanyak 100 tajuk buku bahasa Melayu dipromosikan sempena menjelang hari raya dan hari kemerdekaan yang 55.Promosi sebanyak 20% untuk setiap buku yang disenaraikan.