August 29, 2014

Kembar 3 Yang Popular di Korea

Salam semua...

Salah satu rancangan yang menarik di Korea ialah rancangan di mana seorang ayah akan menjaga anaknya sendirian selama 48 jam tanpa ibu mereka dan salah seorang ayah yang popular ialah Song Ik Gook dimana dia mempunyai anak kembar 3.

Dari kiri : Manse, Daehan dan Minguk

Kembar 3 ini berusia hampir 3 tahun dan mula mendapat perhatian apabila berada di dalam rancangan tersebut. Kalau digabungkan nama mereka iaitu Daehan, Minguk, Manse akan membawa maksud Republic of Korea, Hurray. Apabila mereka bersorak untuk pasukan Korea, mereka menggunakan perkataan Daehan minguk, manse!

Daehan merupakan anak pertama, manakala Minguk anak kedua dan Manse anak ketiga. Salah satu sebab mereka popular ialah mereka kembar tiga tapi bukan kembar seiras.

Daehan

Minguk

Manse

Antara tiga ni, paling comel sekali Minguk. Daehan paling kuat makan dan Manse paling nakal. Memang tak bosan tengok dorang dalam rancagan tu. Dan semestinya Minguk akan menjadi bias aku.


Cuteness overload




Kalau ada sesiapa yang minat nak tengok, rancangan ni setiap hari Ahad pukul 3.20 dekat KBS World. Memang menarik. 

No comments:

Post a Comment