August 13, 2014

Samsung Galaxy Alpha

Salam semua...


Samsung akhirnya melancarkan telefon terbaru mereka iaitu Galaxy Alpha yang mempunyai ciri-ciri premium. Galaxy Alpha merupakan telefon pintar dengan bingkai logam. Alpha merupakan ultra-nipis (6.7mm) telefon Android dengan paparan 4.7 inci 720p, kamera 12-megapixel, 1,860mAh bateri (agak kecil), cip pemprosesan Quadcore atau  Octacore. Galaxy Alpha tidak menyertakan sebarang slot mikro-SD. Ia akan mula dijual pada bulan September ini, tetapi Samsung belum lagi mengumumkan harga.

Bentuk keseluruhan Galaxy Alpha tidak begitu berbeza daripada Galaxy S5. Galaxy Alpha akan ditawarkan dalam pilihan warna hitam, putih, emas, perak dan juga biru.



Mungkin harga Galaxy Alpha akan mahal disebabkan ciri-ciri yang premium ada pada Galaxy Alpha ini.

No comments:

Post a Comment