Novel Terbaru Fixi : Retina, Trio, Santet dan Gelap

Thursday, August 21, 2014

Salam semua...

4 buku baru dari Fixi mula dijual pada 22 Ogos ini di laman web Fixi. Ebook pula sudah mula dijual di Google Play Store dan






Tajuk : Trio
Penulis : Hanani Natasya
Genre : Jenayah, Persahabatan
Mukasurat : 284
Harga : RM 19.90







"Joe yang ditemui di tepi semak oleh Mak Som bukan sahaja tidak ingat akan asal usulnya, malah dia dapat melihat masa hadapan. Kelebihannya itu telah banyak menyelamatkan nyawa mereka yang penting dalam hidup Joe.
Andy, seorang lelaki kacukan yang mempunyai bakat kulinari yang hebat ada rahsianya yang tersendiri di sebalik setiap masakan yang membuatkan restorannya tidak berhenti daripada dikunjungi pelanggan.
Sam, seorang ayah tunggal yang protektif terhadap anak gadisnya mahupun terhadap dua rakannya. Ketampanannya menjadi kegilaan wanita, tetapi dia ada kenangan hitam yang membuatnya tidak mahu untuk bercinta lagi.
Kedatangan seorang lelaki misteri dalam hidup ketiga-tiga jejaka ini bakal mengubah segala-galanya apabila satu persatu rahsia TRIO ini terbongkar."






Tajuk : Retina
Penulis : Lokman Hakim
Genre : Fantasi, Misteri
Mukasurat : 312
Harga : RM19.90







"Abbas: pemain gitar band Kuzari. Namun dalam dirinya ada suara yang menyuruhnya untuk kembali ke jalan agama. Abbas bertekad untuk memilih kedua-duanya. Namun adakah pilihan semudah itu?
Karina: bekas graduan yang kini bekerja di sebuah kedai dobi. Minatnya pada falsafah membawanya kepada persoalan yang ingin dijawab sejak zaman kanak-kanak lagi. Apakah makna kebenaran buat Karina?
Larky: pemuzik sambilan multi-instrumentalis yang bekerja selaku jurutera tapak yang sentiasa mengalami masalah kewangan yang kritikal. Hidupnya adalah perjuangan untuk keluar daripada penjara dunia.
Suara hati mereka bergema dan menjelmakan dunia-dunia surreal. Ilusi ingin bersenggama dengan minda-minda mereka. Apa yang terlihat oleh RETINA itu tidak semestinya serupa dengan zahirnya!"








Tajuk : Santet
Penulis : Saat Omar
Genre : Komedi, Seram
Mukasurat : 354
Harga : RM21.90







"Dukun Hitam yang sudah bersara kini tinggal di pelusuk kampung, cuba menjauhkan diri dari masyarakat. Dia didatangi seorang perempuan kaya, Mariam, yang mahu mengupahnya mengenakan ilmu hitam dengan membusungkan perut bekas suaminya dengan lintah, satu teknik yang menjadi kepakarannya.
Kesuntukan wang memaksa Dukun Hitam menuruti kehendak Mariam. Kemudian muncul Boni,  pakar sihir burung, seteru utamanya dalam bidang perdukunan yang cuba membuat perhitungan terakhir. Selain itu Dukun Hitam juga menghadapi ancaman dari Voodoo Man, sekumpulan kartel dadah Mexico dan seekor lintah handal yang diberi nama Timothy Dalton.
Tapi komplikasi utama ialah apabila Dukun Hitam diam-diam jatuh hati pada Mariam..."





Tajuk : Gelap
Penulis : Ariff Adly
Genre : Misteri, Psikotik
Mukasurat : 268
Harga : RM19.90








"Sekumpulan kawan dari keluarga orang berada mengamalkan gaya hidup bebas. ‘Private party’ setiap tahun sudah menjadi satu tradisi.
Satu invitasi daripada Adi dan Maya yang merupakan tuan rumah kali ini diterima oleh Anip, Dawi, Sheqa, Atirah, Eva dan Ed bertempat di kawasan hutan tempat jin bertandang.
Tanpa mereka sedar, parti kali ini mungkin menjadi parti terakhir mereka. Bermula dengan satu kematian, diikuti kematian yang lain. Setiap satu nyawa yang hilang diganti dengan sekeping nota bernombor. Masa bukan teman. Apa mereka sempat merungkai mesej si pelaku? Dapatkah mereka lari daripada cengkaman GELAP ini?"
Paling mendapat tumpuan adalah novel Retina dan Gelap. Novel Retina mendapat sambutan kerana mempunyai bahasa Melanau di dalam novel tersebut manakala Gelap pula disebabkan penulis tersebut yang popular dengan novel Kacau yang menjadi bestseller.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe