November 28, 2014

Ikan Iblis Laut di Rakam Buat Kali Pertama

Salam semua...


Ikan iblis laut atau dikenali sebagai ikan Angler berjaya dirakam buat kali pertama dalam sejarah. Video rakaman ikan tersebut telah dimuatnaik oleh Monterey Bay Aquarium Institut  di YouTube pada 21 November.


Video tersebut menunjukkan ikan tersebut berenang di kedalaman 580 meter di Monterey Canyon. Ikan Angler merupakan antara spesies ikan yang paling jarang dilihat berbanding kesemua ikan-ikan di lautan dalam.


Dibahagian ikan tersebut kita dapat lihat seumpama tanduk yang bersinar dihujungnya. Ia digunakan oleh ikan Angler untuk menangkap mangsa yang berada di sekitarnya.

1 comment: