August 1, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam semua..

Selamat menaiki RAMADHAN AIR.Kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 hari ke atas permukaan LAPAR & DAHAGA.Para penumpang diWAJIBkan untuk memasang NIAT puasa dan menegakkan kerusi SOLAT.Penerbangan ini bebas asap PERSILISIHAN.Saya selaku anak kapal bertugas mengucapkan SELAMAT MENEMPUH 30 HARI yg MENCABAR.Semoga penerbangan kali ini akan lebih DIBERKATI =]


Esok semua orang yang menganut agama Islam akan mula berpuasa selama sebulan di dalam bulan Ramadhan untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang umat Islam.Mula-mula kita kena bersyukur sebab kita masih diberi peluang untuk merasai bulan Ramadhan untuk tahun ni sebab ada orang disekeliling kita yang tak sempat nak rasa macam arwah cikgu Sivik syuk yang baru je meniggal dalam minggu lepas disebabkan kanser.Tak sangka sebab masa dekat sekolah dulu cikgu tu tak nampak sakit pun.Itulah namanya ajal,boleh sampai bila-bila je.

Lagi satu yang keluar kat paper hari ni pasal Ashraf,lelaki yang nak tukar namanya kepada Aleesha Farhana kalau tak silap.Lagi 2 hari nak puasa,arwah meninggal sebab jantung dan tekanan darah rendah.Tuhan nak amibil nyawa kita sekejap je.Jadi kita kenalah hadapi bulan Ramadhan kali ni dengan lebih baik berbanding tahun lepas.



Memang banyak dugaan bulan Ramadhan ni even syaitan digari,dengan NAFSU makan,minum.Dengan PANAS,dengan tahap KESABARAN yang menipis time bulan puasa.Memang banyaklah dugaan,mampu tak mampu je harung.Tapi kita kena kuat untuk mengharungi semua tu sebab kita akan diberi ganjaran yang setimpal dengan apa yang kita harungi.

Cakap banyak pun sama je isi.Apa-apa pun SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK dengan penuh KETABAHAN =]