August 3, 2011

Super Junior Comeback with Mr Simple

Salam semua..

Super Junior yang berada dibawah naungan SM Entertainment akan mengeluarkan album kelima mereka pada awal bulan Ogos.Mereka sekarang membuat promosi dengan meletakkan satu persatu poster ahli kumpulan untuk dijadikan teaser album terbaru mereka.Bermula dengan Eunhyuk, poster-poster mereka telah pun dikeluarkan dalam laman web mereka.

Mereka akan kembali setelah 1 tahun 2 bulan dan lagu terakhir mereka ialah Bonamana. Album terbaru mereka mempunyai 4 lagu baru dan mempertaruhkan lagu Mr Simple sebagai single comeback mereka kali ini.



Baru saja beberapa hari MV Mr Simple keluar,viewer telah mencapai 3 juta and still counting.Orang yang like pun ramai dan orang yang dislike pun boleh tahan ramai.Album ni telah pun berada dilaman web yang menjual lagu secara digital di Korea. Mereka akan kembali untuk membuat comeback pada minggu ni.Tunggu tarian yang mungkin jadi fenomena tahun ni.Bagi siapa yang perasan,kebanyakkan lagu-lagu Super Junior mesti panjang, mungkin sebab ramai ahli,so kena tunggu turn kalau nak menyanyi.Super Junior ni dah terkenal sangat kat Korea ataupun luar negara.Ramai orang Malaysia sendiri pun dah kenal merekakan dan mereka ni pernah buat konsert di Malaysia.Disebabkan mereka dah lama tak keluarkan album,so mesti jadi hit punya.

Mereka telah pun membuat comeback di Music Bank semalam.Siap jadi trending lagi kat twitter time Super Junior buat comeback.