August 21, 2011

Jom Berbuka Bersama Anak Yatim

Salam semua...

Semalam bersamaan dengan 20 Ogos,Kelab Usahawan UiTM Melaka telah mengadakan program Jom Berbuka bersama anak yatim di Krubong dan seramai 30+ anak yatim yang diraikan.Kali ini dah masuk kali kedua syuk join program yang dianjurkan oleh KUMUDA ni cuma tahun lepas program Singgah Sahur di Kuala Lumpur.


Mereka ni bukanlah tinggal macam kat asrama tapi tinggal dirumah taman yang dikelolakan oleh pihak berkenaan.Mungkin ada orang yang beli rumah tersebut dan buat rumah anak yatim.Ada 2 rumah, 1 rumah untuk lelaki dan satu lagi untuk perempuan.


Dan semuanya masih kecil-kecil lagi, yang paling besar pun darjah 6 [yang lelaki la,yang perempuan tak tau pulak].Semua makanan untuk berbuka disponsor oleh orang-orang yang ingin beramal pada bulan puasa ni.Sebelum berbuka tu sempatlah kitaorang berbual-bual dengan anak-anak yatim,tak semua yang ada kat rumah tu anak yatim,ada jugak anak-anak yang dari keluarga susah.




Lepas berbuka puasa tu,ada sesi memotong kek untuk mereka yang lahir pada bulan 8.Kek Secret Recipe tau.Lepas tu macam biasalah,dapat duit raya hasil dari derma oleh students UiTM sendiri.


Last sekali sesi bergambar bersama anak-anak yatim.Dapat snap yang permpuan punya je.Walaupun sekejap je program ni tapi enjoy jugaklah sebab dapat jumpa adik-adik yang cute.Maklumlah tak ada adik.Nak tengok program yang lepas.SINI.