August 15, 2011

Checklist bulan Ramadhan

Salam semua..

NAFSU TERDIDIK,CINTA TUHAN BERPUTIK

RAMADHAN ITU DATANG DAN PERGI, SETIAP TAHUN IA BERSILIH GANTI, TETAPI ADAKAH KITA MELIHAT RAMADHAN SEBAGAI ADAT BERPUASA SEMATA-MATA??
RAMADHAN SEBAGAI BULAN IBADAT DANKEBAJIKAN?? ATAU RAMADHAN SEBAGAI TITIK MULA BERCINTA DENGAN SANG PENCINTA???


Malam ini sudah masuk hari ke 17 Ramadhan dan esok adalah Nuzul Al-Quran.Sekejap je rasanya bulan puasa berlalu tanpa kita rasa. Dan untuk 17 Ramadhan terakhirlah kita perlu tingkatkan amalan kita sama ada sekecil zahar pun amalan dalam bulan Ramadhan ini akan dikira.Masih sempat lagi kepada sesiapa yang tak meningkatkan amalan kebaikan mereka dalam bulan Ramadhan ni. Tengoklah checklist untuk meningkatkan amalan kita pada bulan Ramadhan ini.


  • Berazam yang kita akan memenangi nikmat Allah dengan melaksanakan solat sunat, kerap berdoa dan berzikir
  • Membaca Al-Quran setiap kali selepas solat 5 waktu sekurang-kurangnya 3-4 muka dalam sehari. Dengan cara ni kita akan khatam pada hujung bulan Ramadhan
  • Memahami ayat Al-Quran ketika kita membacanya
  • Ajak rakan-rakan atau sedara mara untuk berbuka bersama dengan kita dirumah. Kita akan rasa keberkatan dalam perhubungan tersebut
  • Bagi sesiapa yang tinggal dengan ibu bapa seelok-eloknya berbuka bersama mereka untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga
  • Bersedekah dimasjid ataupun dirumah anak yatim kerana Ramadhan is a month of sharing
  • Banyakkan bersabar kerana bulan Ramadhan mengajar kita erti kesabaran.
  • Malam Lailatuk Qadar yang dinantikan oleh semua umat Islam untuk  membuat amal kerana ganjarannya lebih banyak dari seribu bulan
  • Menangis untuk meminta kemaafan disebabkan dosa yang telah kita lakukan. Ramadhan adalah bulan kemaafan.Masih belum terlambat lagi.
  • Menahan pandangan dan lidah. Rasulullah S.A.W memberi amaran bahawa menipu, mengumpat dan melihat perkara yang tidak elok adalah dilarang semasa berpuasa.
 Banyak lagi checklist tapi ini antaranya yang boleh kita lakukan untuk 15 hari terakhir dalam bulan Ramadhan ini. Tak semua yang kita dapat buat sebab kita bukannya manusia yang sempurna tapi kita boleh cuba menjadi yang terbaik.Syuk sendiri pun bukannya boleh buat semua dekat atas ni.Ini sebagai peringatan untuk kita semua =]