August 30, 2011

Wonder Girls on Teen Nick

Salam semua...

Siapa kenal Wonder Girls.Alah,kumpulan k-pop yang popular dengan lagu Nobody tu sampai Datuk Siti pun buat cover lagi diaorang. Mereka dah lama tak keluar lagu baru selepas lagu Two Different Tears keluar tahun lepas sebab mereka ni sibuk dengan aktiviti dekat U.S macam buat cover lagu B.O.B untuk Mashup Mondays Billboard.



Dan yang paling terbaru sekali mereka akan berlakon dalam Teen Nick Movie yang bertajuk Wonder Girls at the Apollo.Bagi sesiapa yang tak tahu tu,Teen Nick ni program di channel Nickelodeon.Kira gempaklah Wonder Girl ni sebab mereka artis pertama Korea yang dapat peluang berlakon macam ni.Filem tersebut akan mula pengambaran awal bulan Oktober dan akan ditayangkan pada awal tahun 2012. OST untuk filem tersebut juga akan dinyanyikan oleh mereka.

Rasanya mereka juga akan membuat comeback untuk Korean Stage pada bulan November nanti,sama-samalah kita tunggu comeback mereka.

Source : allkpop