September 28, 2011

Artis Korea setanding artis Barat!!!

Salam semua...

okay,tajuk dah gempakkan..sebenarnya tak ada gempak mana.Mungkin disebabkan muzik kpop yang semakin menjadi-jadi sekarang ni hingga tersenarailah seorang artis Korea dalam senarai artis 21 Under 21.


Carta ni merupakan artis yang berumur 20 dan ke bawah yang popular. Dan tempat ke 17 telah disandang oleh HyunA iaitu dari kumpulan 4Minute. Bagi siapa yang tak kenal HyunA ni dia ni pada asalnya kumpulan Wonder Girls tapi disebabkan masalah kesihatan,dia keluar dari kumpulan tersebut dan pada 2009,dia menyertai kumpulan 4Minute.


Dia juga menjadi penyanyi solo dan single pertamanya ialah Change dan single terbarunya adalah Bubble Pop.Single dia yang kedua menjadi perbualan hebat di Youtube  kerana video klip tersebut dikatakan terlalu bersifat seksual.[Memang seksi pun dia dalam MV tu].Kalau nak tengok search je sendiri ye kat youtube tu,sampai berjuta orang view MV tu.Mungkin sebab tu dia tersenarai dalam carta ni =]

p.s : HyunA ni kalahkan Miley Cyrus dalam carta ni.Miley Cyrus dapat tempat 21 tak silap =]

2 comments: