May 2, 2014

200 Cedera Akibat Kemalangan Kereta Api Bawah Tanah

Salam semua...


SEOUL - Dua kereta api bawah tanah berlanggar di Seoul petang tadi menyebabkan 200 orang mengalami kecederaan ringan. Tragedi berkenaan mencetuskan kemarahan dan juga tanda tanya jika tahap keselamatan diabaikan kerana tergesa-gesa dengan pembangunan ekonomi kerana ia berlaku sewaktu negara berkenaan masih dalam keadaan sedih atas tragedi feri karam yang berlaku pada 16 April di mana 300 orang terbunuh atau masih hilang, kebanyakkanya adalah pelajar sekolah

Kesan darah penumpang yang cedera akibat perlanggaran kereta api


Kemalangan berlaku kira-kira kereta bawah tanah 15:30 ( 0630 GMT) apabila kereta api tersebut merempuh belakang kereta api yang lain di stesen Sangwangsimni di timur Seoul. Kira-kira 1,000 orang telah dipindahkan dari dua kereta api.

Rangkaian kereta bawah tanah di Seoul merupakan salah satu stesen kereta api bawah tanah yang paling sibuk di dunia, membawa sekitar 5.25 juta penumpang sehari.

No comments:

Post a Comment