May 8, 2014

The Fault in Our Star dalam Bahasa Melayu

Salam semua...

Fixi Verso akan mengeluarkan buku terjemahan yang terbaru mereka iaitu The Fault In Our Stars. Buku The Fault In Our Stars merupakan buku yang amat laris dan masih lagi berada di kedudukan yang tinggi dalam carta buku New York Times. Untuk mereka yang tidak tahu Fixi Verso, mereka merupakan syarikat label Fixi yang menterjemah buku-buku laris dalam Melayu. Sebelum ini mereka telah menterjemah buku Neil Gaiman dan Stephen King.


Buku tersebut mengisahkan seorang remaja, Hazel yang menghidap kanser di mana dia bertemu dengan seorang lelaki, Augustus dan jatuh cinta apabila berjumpa di satu kumpulan untuk orang yang berpenyakit. Buku ini diterbitkan pada tahun 2012 dan filem adaptasi dari buku ini akan berada di wayang pada bulan 6. Tetapi untuk Malaysia, filem tersebut akan ditayangkan pada bulan 9 nanti.


Buku yang diterjemahkan mula di jual oleh Fixi Verso pada 30 Mei ini. Sama-sama kita tunggu.

No comments:

Post a Comment