May 6, 2014

The Amazing Spider Man 2 Review

Salam semua...









Tajuk : The Amazing Spider-Man 2
Genre : Aksi, Fantasi
Durasi : 142 minit
Review ; : 3.5 bintang










The Amazing Spider Man 2 merupakan sekuel kepada filemnya yang pertama iaitu The Amazing Spider Man yang keluar pada tahun 2012. Filem lakonan Andrew Garfield dan Emma Stone telah berjaya mengutip 369 juta sehingga 6 Mei 2014.

Keseluruhan filem ini memuaskan tapi dari segi aksi, boleh dikatakan kurang. Tapi kalau dibandingkan dengan filem Spider Man sebelum ini yang dilakonkan oleh Tobey Maguire agak kurang berkesan dengan watak sebenar Spider Man di dalam komik. Babak romantik dalam filem ini tidak terlalu berlebihan dan menarik, mungkin disebabkan pengarah ini merupakan pengarah yang sama untuk filem romantik 500 Days of Summer
Dalam filem ini, Peter Parker dapat mengetahui rahsia besar ayahnya sehingga menyebabkan kedua ibu bapa mati. Ayahnya menggunakan DNAnya sendiri apabila melakukan eksperimen terhadap labah-labah tersebut dan hanya keturunannya sahaja yang boleh menggunakan kelebihan tersebut.

Spoiler berlebihan, dalam filem ini Gwen Stacy mati disebabkan oleh Goblin dan Peter tidak sempat untuk menyelamatkan kekasihnya, Babak yang paling menarik bagi aku waktu Peter dan Gwen berjumpa semula setelah mereka berpisah. Tak rugi tengok dekat wayang.



No comments:

Post a Comment