May 10, 2014

Buku Fixi : Gantung oleh Nadia Khan

Salam semua...






Tajuk : Gantung
Penulis : Nadia Khan
Mukasurat : 293
Harga : RM19.90
Bintang : 4.5











Novel ini merupakan novel kedua karya Nadia Khan selepas Kelabu.
"Musketeer Code - no all for one, just one for all."
Gibbs, Ray, KJ dan Troll – sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Musketeer Code - peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua.
Sehinggalah peraturan itu dilanggar... dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua.
Aku beli buku ni dalam Google Play Books dengan harga RM9.90 sahaja. Aku boleh katakan, jalan cerita novel ni sangat menarik untuk dibaca dan dijadikan filem. Disebabkan dialog-dialog dalam buku ni menarik, aku kena bookmark dialog tersebut.
Spoil Alert.
Novel yang mengisahkan tentang kehidupan Gibs dan rakannya di alam persekolahan. Watak-watak dalam novel pun menarik dan mempunyai kisah mereka yang tersendiri. Jalan cerita dan klimaks yang bagi aku cukup untuk membuatkan pembaca puas hati membaca Gantung.
Aku agak pening bila baca bahagian yang Ray terperangkap dalam bilik dia sendiri. Tapi disebabkan mereka ni hantu, so semua boleh jadi logik.

Dan untuk pengetahuan semua, buku Gantung ni dah masuk cetekan kelima dari tarikh terbitannya pada Disember 2013 yang lalu

No comments:

Post a Comment