May 1, 2014

Novel Terbaru Fixi : Sanctuaria dan Awan

Salam semua..

Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 Fixi mengumumkan 2 buah novel baru dan sebuah novel edisi terhad iaitu 40






Tajuk : Sanctuaria
Penulis : Shaz Johar
Mukasurat : 300
Harga : RM19.90









"Satu kampung ni tau pasal tempat tu. Orang-orang kat situ buat ajaran sesat. Sembah patung, sembah api, minum air kaki orang, seks liar, hisap dadah, sumbang muhrim, macam-macam lagilah kerja setan yang dorang buat."
"Mana Pakcik tau semua ni? Pakcik pernah pergi sana, ke?"
"Tak."
SANCTUARIA (baca: sang-tu-a-ria) membuka misteri satu kelompok manusia yang ingin mencari pegangan hidup yang lebih baik di satu dunia yang baru. Hidup yang lebih bebas dan bertoleransi. Tiada agama yang mengekang dan melarang. Tiada bangsa yang menang. Semua hidup dalam satu ideologi yang sama. Semuanya satu: Satu Sanctuaria.






Tajuk : Awan (sambungan novel Ajaib)
Penulis : Syafiq Aizat
Mukasurat : 385
Harga : RM21.90










Budak ajaib — aku suka panggil Izaq begitu sebab dia ada deria keenam. Dia pernah cakap yang dia bagaikan bintang, aku pula bagaikan awan, Kami bersahabat baik, kawan rapat, BFF - labelkan apa saja tentang bersahabatan kami (asalkan bukan gay couple).
Namun siapa yang sangka, bintang akan berhenti dari bersinar, sedangkan awan terpaksa berarak lalu membelah waktu?
Disebabkan deria specialnya itu, dia terpaksa mengharungi perjalanan hidup yang matang pada usia yang masih muda. Dia perlu kuat untuk melawan segala yang mengganggunya, lebih-lebih lagi apabila entiti itu kerap hadir mengingatkannya supaya 'jangan percaya'.
Tapi... jangan percaya kepada siapa?

Novel edisi terhad Fixi iaitu 40.


40 merupakan kumpulan cerpan yang telah dihasilkan menggunakan 40 tajuk novel Fixi yang telah dikeluarkan. Tak sempat aku nak beli sebab nampak macam menarik cerpen ni.

No comments:

Post a Comment