Syarikat gergasi makanan segera, Subway telah mengeluarkan menu ham dan bacon di hampir 200 cawangan mereka di United Kingdom , dan menukarkan menu tersebut kepada daging halal dalam usaha untuk memuaskan bagi pelanggan yang beragama Islam.
Ayam belanda yang akan digunakan dalam menu baru mereka telah disahkan di mana semua daging kini akan disediakan mengikut peraturan halal. Sebanyak 185 kedai dari 1,500 kedai di seluruh UK akan menggunakan daging yang halal untuk menyediakan makanan tersebut.
Seperti yang kita tahu umat Islam mempunyai cara untuk menyembelij menyediakan haiwan yang disembelih mengikut prinsip-prinsip dan teknik-teknik Islam. Umat Islam dilarang dari memakan sebarang makanan yang tidak halal dan daging dari babi dan Subway berkata pelanggan boleh mengenal pasti kedai Subway menjual makanan halal dengan tanda halal yang akan dipaparkan di cawangan yang mengambil bahagian.
Dengan populariti yang semakin meningkat, Subway perlu memenuhi permintaan penduduk yang berasal dari pelbagai budaya di seluruh UK dan Ireland dan merupaka inisiatif pihak Subway untuk mengimbangi nilai-nilai masyarakat agama dengan tujuan keseluruhan meningkatkan taraf kesihatan.
Sumber : Muslimvillage
No comments:
Post a Comment