March 20, 2014

Putrajaya International Book Fair 2014

Salam semua...


MPH menganjurkan sebuah pesta buku antarabangsa yang bermula pada 19 Mac hingga 23 Mac 2014 di Putrajaya International Convention Centre (PICC) dari 10.00 pagi hingga 9.00 malam. Banyak acara menarik yang diadakan sepanjang pesta buku tersebut berlangsung.


Antara program yang menarik ialah sesi bertemu dengan penulis New York Bestseller iaitu Lauren Oliver yang popular dengan buku triloginya iaitu Delirium dan buku terbarunya iaitu Panic. Selain dari itu, terdapat juga sesi sembang santai bersama penulis-penulis Lejen Press iaitu Nami Cob Nobbler, Wan Shafiq, Naufal Tarmizi dan Syafie Mahyani.




Diskaun diberikan untuk setiap buku yang dijual di pesta buku tersebut sehingga 90% dan harga buku serendah RM5. Baucar Buku 1 Malaysia(BB1M) juga boleh digunakan di pesta buku ini.

No comments:

Post a Comment