March 23, 2014

Big Bad Box Sale

Salam semua...


Big Bad Wolf sekali lagi mengadakan pesta buku di Mines International Exhibition Centre (MIECC) tetapi kali ini dengan sedikit kelainan. Seperti yang semua sedia maklum, Big Bad Wolf merupakan pesta buku dimana mereka menjual semua buku dengan diskaun sehingga 95%.

Tetapi kali ini Big Bad Wolf membuat kelainan dengan Big Bad Box Sale. Para pelanggan hanya perlu membeli kotak sahaja dan semua buku adalah percuma. Mereka perlu memenuhkan kotak tersebut dengan buku-buku yang mereka pilih dengan syarat kotak tersebut boleh ditutup dengan rapat. Terdapat 2 pilihan kotak. Kotak yang bersaiz kecil berharga RM79.90 dan kotak besar berharga RM99.90




Big Bad Box Sale ini bergabung dengan pesta buku Read Malaysia yang juga bermula pada 21 Mac hingga 30 Mac 2014. Big Bad Box Sale juga menerima Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M). Sempat juga aku pergi Big Bad Box Sale semalam dan beli kotak yang kecil. Rasanya mesti beli kotak besar lagi berbaloi dari kotak kecil.


No comments:

Post a Comment