February 12, 2011

Valentine Day or Maulidur Rasul : Nak Join yang mana satu?

Salam semua..

Sekarang ni ramai yang dah buat post pasal Valentine Day,tak pun pasal Maulud Nabi.Syuk pun nak jugaklah buat entry pasal tu.Bukannya mahir sangat bercakap pasal benda macam ni tapi sekadar berkongsi apa yang dapat.Tak salahkan.





Valentine's Day

  • Sambutan yang diadakan pada 14 Februari setiap tahun.
  • Mengeratkan hubungan pasangan bercinta
  • Time ni banyaklah kedai yang jual bear,bunga dan sebagainya sebab musim memberi hadiah
  • Asal usul nama Saint iaitu Saint Valentine.
  • Dibunuh pada 14 Februari kerana pertelingkahan antara penguasa Rom.
  • Mereka menjadikan hari tersebut sebagai mengingati beliau kerana dianggap sebagai simbol ketabahan,keberanian menghadapi hidup
  • Hari yang sama juga jatuhnya Islam di Sepanyol 



Maulidur Rasul
  • Sambutan yang diadakan pada 12 Rabiulawal pada setiap tahun
  • Hari baginda lahir.
  • Disambut sempena mengingati insan yang sepatutnya kita CINTAI iaitu Nabi Muhammad S.A.W
  • Boleh mengeratkan hubungan antara sesama Islam
  • Diasaskan di Mesir.
  • Disambut dengan cara berselawat beramai-ramai ke atas baginda untuk merasa impak cinta pada baginda
  • Mendatangkan keamanan kepada tempat yang menyambutnya serta mendapat pahala.
Ini apa yang syuk dapat daripada artikel kat kampus time pergi pasar.Boleh nampakkan contra dua sambutan tersebut.Banyak lagi yang perlu dikaji tentang sambutan-sambutan ni.Kita semua tahu yang mana baik dan yang mana buruk.Jadi pandai-pandailah fikir sendiri.For myself,syuk tak pernah pulak sambutan valentine's day ni,mungkin sebab takda gf kot and lagipun dari form 1 ustaz kitaorang dah bagitau valentine day ni tak elok,so memang dah terdidik dari remaja agaknya tak perlu sambut valentine's day ni.


3 comments: