February 5, 2011

2 Perasaan Dalam 1 Situasi...

Salam semua..




Tajuk entry dah agak over.huhu.Nak cerita sikit pasal apa yang berlaku dekat-dekat dengan rumah syuk.Hari ni hari sabtu,so mestilah banyak rumah kahwin dekat sini.Adalah dalam 3 rumah tapi dalam 3 rumah ada 1 rumah kahwin yang sesuatu tak dijangka menimpa ahli keluarga tersebut.Hari perkahwinan tu jugaklah nenek kepada orang yang berkahwin tu meninggal.Dia meninggal pagi sebelum cucunya bersanding.Syuk dapat berita tu dari mak syuk dan bila syuk fikir-fikir balik macam manalah diaorang nak tempuh hari ni.Mesti perit sangat hari ni untuk keluarga diaorang.Mak syuk sempat ziarah rumah keluarga tersebut dan keluarga diaorang tengah sibuk uruskan jenezah yang baru sampai dari hospital.Arwah meninggal dekat hospital dan dimandikan dekat hospital.Diaorang bawak balik rumah dan terus sembahyang jenazah dekat rumah.Emak pengantin cakap arwah pilih tema untuk cucunya kahwin iaitu hitam dan putih dan tak sangka pilihan tu macam satu petanda rupanya.So,apa perasaan korang kalau berada dalam situasi keluarga diaorang.Mesti sangat peritkan.Doa-doalah agar benda tu jauh dari kita semua..

Untuk sesiapa yang baca post ni sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.

p/s: syuk tak tahu nama betul tapi syuk panggil cik teh.

2 comments: