September 27, 2011

Samsung Galaxy S2 terjual sebanyak 10 juta unit

Salam semua...

Dunia smartphone semakin popular dalam kalangan masyarakat sekarang ni. Pengguna Malaysia pun sekarang dah ramai yang guna smartphone. Dan kepada sesiapa yang minat gadget-gadget ni mesti up to date dengan gadget yang terbaru.Sekarang yang tengah laku dan panas kat market mestilah handphone Samsung Galaxy S2. Smartphone ni dilancarkan pada bulan Februari 2011 dan mula dipasarkan diseluruh dunia pada bulan Mei 2011.


Dalam hanya beberapa bulan Samsung Galaxy S2 ni boleh mencecah jualan sebanyak 10 juta unit dan yang paling menarik smartphone ni masih belum dijual di US lagi.Kalau dekat Malaysia tak payah cakaplah,memang bersepah orang jual Galaxy S2 dengan Galaxy Tab.Harga pasaran Samsung Galaxy S2 dekat Malaysia masa pertama kali dijual RM2199 dan boleh dikatakan murah berbanding Samsung Galaxy S sebelum ni iaitu RM2699.


Siapa yang belum cuba guna smartphone dah bolehlah cuba-cuba sebab seronok guna.Macam-macam boleh buat dalam smartphone tu =]

sumber : mashable

2 comments:

  1. Pergh, nak juga..


    Pandai ya Syuk edit blog. Nanti boleh la edit blog sha pula. hehe~

    Dah masuk ke blog sepupu Syuk. Muka dia ada iras Syuk la.

    Blog dia ok tapi berat la. Macam2 dia sumbat dalam blog dia tu. Berat sangat.

    ReplyDelete
  2. kumpul lah duit..hehe
    biase2 je ni..ni pon tak abis edit lagi.hehe...

    ReplyDelete