May 16, 2012

Selamat Hari Guru,Terima Kasih Cikgu

Salam semua..

Tanggal 16 Mei setiap tahun,guru-guru di Malaysia diraikan.Tak semestinya yang bergelar cikgu je patut diraikan,tapi sesiapa sahaja yang mengajar tak kira tadika,orang yang ajar mengaji atau pensyarah.Semuanya menabur ilmu kepada orang ramai.Dan untuk pengetahuan semua, Hari Guru Sedunia ialah pada 5 Oktober.Aku pun baru tahu yang ada hari guru sedunia.Apa-apa pun SELAMAT HARI GURU.


Bukannya tak nak cerita tentang cikgu yang lain tapi yang aku masih ingat sampai sekarang cikgu-cikgu kat MRSM Pontian,tempat aku belajar semua benda sepanjang 5 tahun.Macam-macam cikgu aku jumpa dari yang paling selamba sampai paling garang.Salah sorang cikgu yang paling aku tak boleh lupa ialah cikgu sejarah,Puan Syariah merangkap penasihat Persatuan Usahawan Muda(PUM) masa tu.

Walaupun mengajar kelas aku 2 tahun tapi rasa rapat sangat dengan cikgu tu,mungkin sebab cikgu tu penasihat PUM dan ahli PUM banyak luangkan masa dengan beliau.Cikgu ni sangat caring tentang anak muridnya.Memang semua cikgu caring pasal anak murid diaorang tapi cara cikgu ni lain.Yang paling tak boleh lupa,masa tu ahli PUM kena pergi konvensyen PUM MRSM Se-Malaysia dan tak sangka kitaorang dapat masuk Top 10 syarikat terbaik.Masa tu cikgu tak dapat ikut sebab dah nak bersalin.Dipendekkan cerita masa kiteorang bertolak balik,guru pengiring bagi tahu yang cikgu selamat bersalin dan sanggup telefon kiteorang dan cakap sorang-sorang sebab nak ucap tahniah.Terharu habis aku masa tu.Tamat.

Tak nak cerita panjang,hargailah guru anda yang telah memberikan ilmu yang bermanfaat.Ingat besar pahala seorang pengajar sebab selagi kita beramal dengan ilmu yang diberikan,selagi tu lah dia akan dapat pahala.

No comments:

Post a Comment