March 7, 2014

Bayi dilahirkan Dengan Sebelah Jantung


Aku ternampak gamba Camilo masa tengok feed Twitter, bila tengok gambar tu aku terus Google dan akhirnya jumpa Facebook page Camilo. Secara amnya, Camilo menhidap penyakit Hypoplastic Left Heart Syndrome (HLHS) atau lebih dikenali sebagai "half of heart". Maknanya jantung kiri Camilo tidak sempurna sepenuhnya.

Pasangan kepada Camilo iaitu Michael Lozano dan Sonia Avia Lozano telah mengetahui yang anak mereka akan dilahirkan dengan Hypoplastic Left Heart Syndrome (HLHS) apabila doktor mengimbas semua organ-organ Camilo dan doktor memberitahu mereka bahawa pemeriksaan lanjut perlu dibuat.

Camilo telah dilahirkan pada 31 Januari 2013 dan telah melakukan berkali-kali pembedahan disebabkan penyakitnya dan semua pembedahan ke atasnya berjaya.





Gambar terbaru Camilo, sekarang dia sudah berusia lebih setahun dan semakin sihat. Semoga Camilo terus sihat dan menjalani kehidupan sehariannya. Untuk mengetahui perkembangan semasa Camilo, boleh like page Camilo

No comments:

Post a Comment