March 24, 2014

Divergent Movie Review

Salam semua..


Tajuk : Divergent
Genre : Sci-Fi, Aksi
Durasi : 139 minit
Rating : 4.5 bintang

Dalam dunia yang dibahagikan dengan puak berdasarkan sifat dalam diri sendiri, Tris mendapat tahu dia berbeza dari yang lain apabila keputusannya ialah Divergent. Divergent merupakan orang yang mempunyai lebih dari satu sifat yang ada dalam diri mereka. Divergent menjadi ancaman kepada kerajaan tersebut. Apabila dia mendapati sebuah pakatan untuk memusnahkan Divergent. Tris dan Four mesti menyelamatkan diri mereka dari tertangkap oleh pakatan tersebut.



Filem ini merupakan adaptasi dari buku bestseller dengan tajuk yang sama iaitu Divergent. Sehari selepas filem ini ditayangkan, Lionsgate memberikan lampu hijau untuk filem kedua iaitu Insurgent yang bakal ditayangkan pada tahun 2015. Filem ini menarik dari segi konsep iaitu setiap orang mesti memilih satu puak untuk hidup. Kate Winslet dalam filem ini tidak mengecewakan apabila dia membawa watak seorang ketua yang jahat. Lagu-lagu di dalam filem ini juga turut menjayakan lagi filem ini. Cuma adakala agak sedikit bosan pada permulaan filem.

No comments:

Post a Comment