March 3, 2014

Non-Stop Movie Review

Salam semua...


Tajuk : Non-Stop
Genre : Aksi, Misteri
Durasi : 106 minit
Rating : 4/5 bintang

Filem yang mengisahkan tentang seorang marsyal udara bertindak sendirian semasa penerbangan ke London selepas menerima satu siri mesej teks ancaman untuk membunuh penumpang dalam kapal terbang tersebut kecuali pemindahan wang sebanyak 150000000 $ ke dalam akaun.



Liam Neeson merupakan watak utama dalam filem ini. Liam Neeson yang popular dengan watak good villain mererusi filem Taken. Dalam filem ini Liam sebagai Bill Marks juga turut membawakan watak yang lebih kurang sama dalam filem Taken. Misi Bill adalah untuk menyelamatkan penumpang dalam kapal terbang tersebut.

Walaupun jalan cerita tak masuk akal, tapi aksi dalam filem ni cukup menarik apabila Bill sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh rakannya. Dalam filem ni juga, susah untuk penonton meneka siapa sebenarnya penjahat sebab kebanyakan watak berpotensi untuk menjadi penjahat.

Apa pun aku suka Liam Neeson dalam filem ni dan tak rugi untuk korang tengok filem ni. Masa aku tengok pun panggung penuh.

No comments:

Post a Comment