March 1, 2014

Shila Amzah Minggu 2 I am a Singer

Salam semua...


Semalam Shila Amzah telah pun membuat persembahan keduanya di I Am a Singer dengan membawakan lagu bertajuk Zui Chang De Dian Ying. Lagu ini mempunyai lirik dan melodi yang sedih. Penonton di dalam dewan turut sama menanyikan lagu ini semasa Shila membuat persembahan.



Shila Amzah masih kekal dalam pertandingan ini apabila mendapat tempat ke 4 pada malam semalam dan dapat meneruskan pertandingan tersebut. Shila berharap agar dia dapat kekal hingga ke fina nanti. Bila tengok orang China suka Shila, rasa bangga dia dapat mengharumkan nama negara dekat China :)

Aku lagi suka persembahan pertama Shila, lagi hebat dari minggu ni. Siapa yang terlepas tengok persembahan Shila minggu lepas boleh klik sini.

1 comment: