March 11, 2014

Kepentingan SEO Untuk Blog

Salam semua...


SEO ialah search engine optimization dan merupakan salah satu proses untuk sesebuah blog mendapatkan trafik dari enjin carian seperti Google, Yahoo dan Bing. Bila seseorang yang mencari sesuatu dari enjin carian dan hasil carian tersebut akan ditunjukkan berdasarkan jawapan yang relevan. Ada 3 perkara yang perlu diberi penekanan bila ingin mendapatkan trafik dari enjin carian.

Yang pertama ialah perkataan.
 - Enjin carian sangat menitikberatkan perkataan yang digunakan di dalam sesebuah laman web. Penulis blog digalakkan untuk menggunakan bahasa formal bagi memudahkan sesuatu blog mendapat trafik dari enjin carian

Yang kedua ialah tajuk.

Tajuk amat penting untuk sesebuah artikel kerana ia merupakan ringkasan kepada artikel tersebut dan enjin carian amat mementingkan tajuk sesuatu artikel. Cuba untuk menggunakan tajuk yang boleh membantu untuk mendapatkan trafik dari enjin carian.



Yang ketiga ialah reputasi blog

Blog yang mempunyai reputasi yang bagus akan memudahkan blog tersebut mendapat trafik dari enjin carian kerana blog tersebut mempunyai artikel-artikel terkini yang membantu meningkatkan tempat dalam enjin carian. Ringan-ringankan tangan untuk menulis sekurang-kurangnya entri yang berinfomasi agar blog anda bereputasi tinggi.

Ini merupakan perkara asas untuk mendapatkan trafik dengan cara yang amat mudah. Bila kita mempunyai SEO yang bagus, secara automatik kandungan dalam blog juga menjadi bagus dan dalam masa yang sama kita dapat faedah dari enjin carian. Semoga membantu.


Aku pun masih belajar nak dapatkan trafik dari SEO ni, kadang-kadang bila sesuatu isu tu tengah panas, memang naik blog dekat search engine bila guna tajuk yang betul.

No comments:

Post a Comment